Ibnu Sina
Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang
obat-obatan bukan saja diakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat.
Nama sebenarnya Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Tetapi di Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Pendidikan pertamanya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastra. Selain itu,
beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains,
fiqh, dan obat-obatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi
beliau lebih menonjol dalam bidang obat, sering disebut sebagai seorang doktor
ataupun mahaguru ilmu tersebut.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal setelah berhasil menyembuhkan penyakit Putera Nub
Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan
kepakaran dalam bidang obat-obatab tiada bandingnya sehingga beliau diberikan
gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).
Kemasyhurannya melewati wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tabib
telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa
Inggris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100
tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku
tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversitas-universitas Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan
oleh para pelajar.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The
Heart yang berisi tentang obat-obatan. Dalam buku itu, beliau telah
menceritakan dan menguraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk
mengobatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu
pengobatan sahaja. Tetapi turut merangkum bidang dan ilmu lain seperti metafisik,
musik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh
sarjana yang serba bisa. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai
tahap zenith yaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.
Di samping menjadi zenith dalam bidang pengobatan, Ibnu Sina juga menduduki
ranking yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga.
Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan
risalah yang mengandungi hasil sastra kreatif. Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle.
Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates. Pengobatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah,
lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile).
Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat unsur tersebut. Keempat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit. Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan.
Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh
kepada dunia pengobatan untuk mengenal pasti puncak penyakit yang menjangkiti
manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu
tanah, air, api, dan angin. Keempat unsur ini memberikan sifat lembab, sejuk,
panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam
alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh
manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang
dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi
mengekalkan kesehatan dan proses penyembuhan.
Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina
mengenai kesehatan dan pengobatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat
bahawa matematika bisa digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menguraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu benda mempunyai angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan paham Ibnu Sina adalah sesat dan lebih merusak daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.
Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-
Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib
al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh diumpamakan dengan apapun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) muncul karena "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.
Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab
Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi
halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang
wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.
Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab
"Himah Ilahiyyah" dalam Bab "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan
jirim atasan. Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percobaan untuk membahas zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahas pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.
Apa yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.
Apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang pengobatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengungguli gurunya sendiri iaitu al-Farabi.
Dikutip dari berbagai sumber....